Saturday, 3 September 2011

........

bagai malam tanpa bintang,
begitulah diriku tanpamu,
sedar akan erti kebahagiaan akan hadir jika adanya kamu,
tetapi begitu juga sebaliknya,
umpama hidup tanpa air,
malam tanpa siang,
begitulah aku tanpa mu

perkenalan tanpa di duga,
perpisahan tanpa di pinta,
percintaan tanpa di paksa,
kerinduan tanpa di rancang,
sampai bila aku harus menaruh harapan,
sedangkan kau telah beribu langkah meninggalkan aku,
yang setia menanti mu di sini

bak kata pepatah,tak kenal maka tak cinta,
apa pula kata pepatah setelah di kenali dibuang,
adilkah ia untuk aku,
sedar akan dosa mempertikankan takdir tuhan,
tapi hati memberontak inginkan jawapan yang bolah menenangkannya,
sedang aku ingin melangkah,
tetapi kaki ini berat,hati melarang

mula minat,
beralih cinta,
kemudian sayang,
dan berakhir benci,
kenapa perlu begini,
mengapa tidak selamanya sama,
mengapa perlu benci di akhirnya

setiap detik menanti telefon berdering,
dan tersiar namamu di screen,
entah bila akan terjadi sedemikian lagi,
kini senyuman hilang di bibir,
sentak di hati,
menggoncang fikiran,
mengganggu emosi

kini sujudku bertemankan air mata,
begitu tega kau berbuat demikan,
aku sedar aku harus pergi demi masa depan ku,
terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku,
dan berbuat aku sebegini,
namun ingat lah sayang itu tak pernah dan tak akan pernah hilang dan pudar dalam hati ku,
akan ku pastikan ianya segar dan subur dalam hati,dan fikiran ini











No comments:

Post a Comment